www.musirawasterkini.com

Bismillah ..Maha Suci Allah pemilik langit dan bumi.

Bulan ramadhan yang penuh rahmat dan berkah merupakan bulan yang umat islam tungu tungu dalam setahun. Di dalam bulan ramadhan kita di galakkan untuk mengerjakan ibadah solat sunat terawih dan juga witir.

FADHILAT SOLAT SUNAT TARAWIH

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:

Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sangat menggalakkan untuk mendirikan sembahyang malam di bulan Ramadhan, bukan menyuruh mereka (mendirikan sembahyang malam itu) sebagai satu kewajipan. Maka baginda bersabda: “Sesiapa yang mendirikan (sembahyang malam) di bulan Ramadhan kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan keredhaanNya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.” Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam wafat perkara itu masih berjalan seperti biasa. Begitu juga yang berlaku pada zaman pemerintahan Abu Bakar dan permulaan pemerintahan ‘Umar.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Betapa besarnya fadhilat solat sunat terawih, maka kita jangan sia siakan kesempatan ini untuk meraih pahala yang berlipat kali ganda di bulan ramadhan yang bakal menjelang. Bukan saja solat sunat terawih tetapi kita juga di galakkan untk mengerjakan solat sunat witir.

Manakala antara fadhilat sembahyang witir itu, daripada Jabir Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa takut tidak akan dapat bangun pada akhir malam, maka kerjakanlah witir pada awal waktu. Dan barangsiapa yang terasa ingin bangun pada akhir malam, maka kerjakanlah witir pada akhir malam. Sesungguhnya sembahyang di akhir malam itu disaksikan (oleh malaikat) dan itu adalah lebih afdhal.” (Hadits riwayat Imam Muslim)

(والله أعلم)

Salam sayang abi

Aesyah@cinta dalam hijrah