www.musirawasterkini.com
Bismillah… Maha suci Allah pemilik langit dan bumi.
Sekarang kita semakin mendekat dengan bulan suci Ramadhan. Sesungguhnya kita beruntung kerana kita diberikan kesempatan untuk bertemu lagi di bulan yang penuh rahmat. Di bulan suci ramdhan kita dianjurkan untuk beramal ibadah untuk meraih pahala yang berlipat kali ganda. Dan di dalam bulan ramadhan jua ada malam seribu bulan iaitu malam lailatul qadar. Sama sama lah kita meraih pahala yang belipat kali ganda di bulan yang suci ini. Selain berpuasa di siang hari, kita boleh membaca alquran dan berdzikir sepanjang hari di bulan mulia ini. Hendaklah kita sentiasa mengingati Allah dan memohon keampunan.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam Alquran surat Ar- Ra’d ayat 28 yang artinya:
“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
Perbanyakkan membaca al quran bagi mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Dan cuba kita tekadkan dalam hati untuk mengkhatamkan 30 juzuk dalam sebulan ramadhan. Membaca alquran bukan saja untuk kita meraih pahala tapi jugak untuk menjadi penawar dan rahmat bagi diri kita sendiri.
Seperti dalam surat Al Isra ayat 28 memberikan penjelasannya:
“Dan Kami turunkan dari Al-Qura’n (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Qur’an itu) hanya akan menambah kerugian.”
Membaca alquran jugak dapat memberikan syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Maka beruntunglah kepada pembaca alquran yang mengharapkan rahmat Allah dan mengamalkan isi kandungan Alquran. Kerana Allah akan selalu menjaga hati orang yang membaca alquran.
Seperti sabda Rasulullah SAW:
Salam sayang abi
Aesyah@cinta dalam hijrah